Pages

Thursday 23 June 2011

Trailer konferens kebangkitan khilafah 2011


ADAKAH ANDA PERCAYA KHILAFAH AKAN KEMBALI? SEPERTI JANJI RASULULLAH SAW? KEMUDIAN AKAN ADA KHILAFAH DI ATAS MANHAJ KENABIAN(KHILAFAH KALI KE 2 )....HR AHMAD.....ATAU ADAKAH ANDA YAKIN DENGAN UCAPAN PEMIMPIN THOQUT SEPERTI W. BUSH , TONY BLAIR,DONAL RAMSEL,DAVID CAMERON, BARACK OBAMA,CODOZEL RICE,DAN LAIN LAINNYA BAHAWA MEREKA BERUPAYA MENGHALANG KEBANGKITAN KHILAFAH KALI KE DUA....ATAU ADAKAH ANDA YAKIN KEPADA TALIBARUT PEMIMPIN THOQUT SEPERTI PEMIMPIN PEMIMPIN UMAT ISLAM LAIN YANG TELAH KHIANAT YANG CUBA MENGHALANG KEBANGKITAN UMAT ISLAM BERJUANG MENEGAKKAN KHILAFAH BAHAWA MEREKA AKAN BERJAYA MENGEKALKAN KERUSI EMPUK PEMERINTAHAN MEREKA ?...
                   SADDAM WAS GONE,HOSNI MOBARAK WAS GONE, MUAMMAR GHADAFFI TUNGGU MASA WAS GONE.... SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM BANGKIT DAN BERGERAK MENUJU KHILAFAH.OLEH ITU WAHAI SAUDARA SAUDARA KU MARI KITA SAMA BERJUANG MENEGAKKAN SYARIAH DAN KHILAFAH DENGAN JALAN DAKWAH THORIQAH RASULULLAH SAW.DAN BUKAN BERJUANG DI JALAN THOQUT DEMOKRASI!!!!WALAUPUN KITA BERBEZA JAMAAH TAK JADI MASAALAH.

konferens kebangkitan khilafah sempena bulan rejab di indonesia  

               BERGABUNGLAH DENGAN UMAT ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN SYARIAH DAN KHILAFAH. MATLAMAT JANGKA PENDEK ADALAH MENGMBALIKAN KEMULIAN UMAT ISLAM DENGAN JALAN MENDIRIKAN SEMULA SYARIAH DAN KHILAFAH..MATLAMAT JANGKA PANJANG ADALAH MERAIH SEBANYAK MUNGKIN REDHO ALLH SWT SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT KELAK.REBUT LAH PELUANG INI,PELUANG YANG SAMA YANG TELAH DIBERIKAN OLEH ALLH KEPADA MUHAJIRAIN DAN JUGA ANSOR YANG TELAH BERJUANG MENEGAKKAN NEGARA DAULAH ISLAM .JADI JANGAN TUNGGU LAGI AYUH MULAKAN LANGKAH PERTAMA KALIAN BERGABUNG BERSAMA KAMI .DAPATKAN TSAQAFAH ISLAM DAN MAKLUMAT NEGARA ISLAM KHILAFAH ISLAMIC STATE EMPAYAR UNTUK DIDAKWAHKAN SEGERA.WWW.MYKHILAFAH.COM.JAZAKALLAH KHAIRON KSIRO

Monday 30 May 2011

DOA QUNUT NAZILAH - SHEKH HOSAINY, IMAM MASJIDILHARAM

Baru baru ini penguasa rejim arab Saudi menangkap Imam masjidilHaram hanya kerana beliau mendokan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia.Semoga Allah membalas kejahatan yang dilakukan Amerika dan sekutunya ke atas umat Islam


PARTI PEMBANGKANG & ‘BUGHAT’ MENURUT FIQIH ISLAM


PARTI PEMBANGKANG & ‘BUGHAT’ MENURUT FIQIH ISLAM

Pembahasan tentang pembangkang kerajaan (goverment opposition) dan parti pembangkang (opposition party) yang berkembang di dunia Islam, khususnya yang menganut sistem demokrasi, menarik untuk dibahas secara mendalam, sama ada berkenaan dengan sejarah kemunculannya, tamadun dan way of life yang melahirkannya serta pandangan Islam terhadapnya, termasuk apa dan bagaimana bughat (pembangkang) menurut fiqih Islam?

Untuk membahas permasalahan di atas, adalah perlu menyenaraikannya dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan sebagai berikut:
1. Sejak bila muncul istilah pembangkang kerajaan (goverment opposition) dan parti pembangkang (opposition party) dengan konsep opposition (oposisi) yang sah dalam dunia Islam?

2. Bagaimanakah kedudukan dan fungsi parti berkuasa (goverment party) dan parti pembangkang (opposition party) dalam sistem demokrasi, serta perbezaan antara parti-parti tersebut dengan parti Islam dalam sistem Khilafah Islam, dari segi kedudukan dan fungsi masing-masing?

3. Apakah dan siapakah pembangkang dalam sistem Khilafah Islam?

4. Adakah wujud pembangkang yang dianggap sah oleh sistem Khilafah Islam?


Sejarah Pembangkang (opposition) di Negeri Islam

Istilah pembangkang kerajaan (goverment opposition) dan parti pembangkang (opposition party) yang berlaku mengikut sistem demokrasi ketika ini sesungguhnya berkembang seiring dengan masuknya sistem demokrasi Barat dalam dunia Islam. Dan betul-betul mengakar di tengah kaum muslimin menjelang dan setelah runtuhnya sistem Khilafah Islam, pada tanggal 3 Mac 1924.

Konsep pembangkang (opposition) ini sebenarnya bukanlah merupakan konsep demokrasi yang tulen yang berasal dari kapitalisma, namun merupakan penyesuaian dengan sistem sosialisma. Ini bukannya kali pertama kapitalisma mengambil penyesuaian dengan sosialisma, sebab dalam beberapa hal kapitalisma juga melakukan hal yang sama. Konsep keadilan sosial (al-‘adalah al-ijtima’iyah) adalah konsep kapitalis yang diubahsuai dengan konsep equality (persamaan) sosialisma, sebagaimana yang ketika ini berkembang dalam dunia Islam. Seperti yang menjadi asas kelima Pancasila, yang menjadi asas negara Indonesia.

Mengapa konsep opposition ini bukan tulen dari kapitalisma? Kerana asas pemikiran yang menjadi dasar lahirnya konsep tersebut adalah mewujudkan balance (keseimbangan) dan kemajuan melalui persaingan. Di mana konsep ini diasas berdasarkan konsep dialektika materialisme (perubahan kebendaan), iaitu thesis-antithesis-sinthesis. Thesis adalah keadaan asal, sebelum ada perubahan. Antithesis adalah keadaan lain yang dibentuk untuk mengubah keadaan asal, sehinggalah terjadi perubahan. Dan sinthesis adalah keadaan perubahan yang diingini. Inilah inti dari pandangan sosialisma yang dibangun berdasarkan konsep dialektika materialisme. Keadaan asal, iaitu keadaan yang ketika ini dibentuk oleh kerajaan adalah thesis. Agar keadaan tersebut berubah menjadi lebih baik, maka dibentuklah opposition, dan opposition ini disebut antithesis. Sama ada oposition tersebut dibentuk untuk mewujudkan balance ataupun perubahan yang lebih baik.

Konsep opposition ini memang sah dalam sistem demokrasi, kerana konsep ini dipandang dapat mewujudkan balance dan kemajuan. Konsep ini kemudian dilaksanakan dengan kebebasan berbicara (freedom of speech) yang tidak diasaskan berdasarkan suatu kaedah apapun, melainkan kebebasan berbicara itu sendiri. Segala apapun yang tidak sesuai dengan garis panduan kerajaan dianggap sebagai pembangkangan, meskipun yang disampaikan itu benar menurut hukum Islam, kerana dipandang membahayakan kerajaan. Dan begitu pula sebaliknya. Sedangkan yang menjadi kaedah freedom of speech adalah asas manfaat. Iaitu, selama mana yang disampaikan itu menguntungkan kerajaan, kedudukan ketua kerajaan dan sebagainya, maka meskipun ianya bertentangan dengan garis pandu kerajaan, freedom of speech tersebut dibolehkan. Jadi asas freedom of speech adalah manfaat, bukannya halal-haram yang dibenarkan oleh syari’at Islam.

Sedangkan freedom of speech dalam sistem demokrasi muncul setelah suara rakyat disekat, tidak boleh disalurkan meskipun untuk menuntut hak-hak mereka, sedangkan hak-hak mereka diambil dengan cara paksa oleh para pemimpin mereka yang berkuasa dan diktator, iaitu gereja. Akhirnya lahirlah gelombang besar itu menuntut perubahan, kebebasan dan persamaan yang dikenali dengan slogan: liberty, eqaulity dan fraternity. Gelombang besar yang kemudian melahirkan tuntutan tersebut. Ia berlaku dalam abad ke17-18 Masehi, iaitu semasa terjadinya Renaissance.

Inilah gambaran ringkas tentang sejarah pembangkang, parti pembangkang dan freedom of speech yang berkembang di Barat. Sedangkan perkembangan konsep tersebut dalam dunia Islam, bermula sejak kemunduran Khilafah Ustmaniyah. Pada tahun 1816 di perpustakaan-perpustakaan Mesir sudah dijumpai pemikiran Voltaire, Rostow dan Montesque (yang dikenali dengan konsep trias politica-nya). Bahkan lebih parah lagi setelah pelajar-pelajar Islam dihantar ke Eropa, seperti Rufa’ah At-Thahthawi (1826-1831) dan Khairuddin At-Tunisi (1852-1856) ke Paris. Pada tahun 1869, Al-Majallah Al-Adliyah diterbitkan oleh Sultan Abdul Aziz yang dilaksanakan di mahkamah civil/awam, hingga pemahaman kaum muslimin tentang Islam, akidah dan syari’atnya menjadi jauh dari Islam (Ittijahatu At-Tafsir Fi Al-Ashri Ar-Rahin, Dr. Abdul Majid Al-Muhtasib, hal. 1-4). Seiring dengan itulah, muncul tuntutan freedom of speech, demokrasi, pembangkang, parti pembangkang dan idea-idea kufur yang lain dalam dunia Islam, sehingga berjaya menjatuhkan Khilafah Islam.

Parti Berkuasa, Parti Pembangkang versus Parti Islam

Kedudukan parti yang berkuasa (parti kerajaan) dengan parti pembangkang ditentukan melalui pilihan raya. Iaitu, mana-mana di antara parti tersebut yang memenangi undi majoriti dalam pilihan raya, maka itulah parti yang berkuasa yang boleh memerintah kerajaan, sehinggalah setelah itu disebut sebagai parti kerajaan. Sedangkan parti pembangkang adalah parti yang kalah undiannya di dalam pilihan raya. Kadang-kadang parti tersebut mendokong garis panduan kerajaan yang dibuat oleh parti yang berkuasa dan kadang-kadang tidak bersetuju dengan garis panduan tersebut. Biasanya setiap parti masing-masing, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang mempunyai program tersendiri, untuk mencari dokongan daripada masyarakat dalam memenangi undi.

Biasanya parti berkuasa (parti kerajaan) akan bergabung dengan komponen yang lain agar boleh memenangi undi majoriti dalam pilihan raya, tanpa mempertimbangkan faktor keislaman, non-Islam, etnik dan sebagainya. Begitu pula parti pembangkang juga melakukan cara yang sama. Kerana, masing-masing sama-sama bertujuan untuk memenangi undi dalam pilihan raya. Dimana asas yang diikuti/rujuk adalah manfaat, bukan yang lain. Walaupun untuk memperolehi manfaat itu, masing-masing terpaksa menghalalkan segala cara. Setelah parti-parti tersebut melakukan undi pilihan dalam pilihan raya, maka hasil pilihan itulah yang akan menjadikan wakil-wakil parti tersebut mendapat tempat di dalam parlimen. Dimana jumlah kerusi parti dalam parlimen tersebut ditetapkan mengikut perolehan hasil undi tersebut. Siapa yang mendapat kerusi majoriti, maka ianya yang hampir pasti dapat menentukan garis panduan negara. Sehingga bagi mereka, pilihan raya menjadi penting untuk menentukan garis panduan (dasar) negara. Sedangkan dengan freedom of speech yang dianuti oleh negara pengikut sistem demokrasi, parti pembangkang akan sentiasa menentang hal-ehwal kerajaan untuk mendapatkan simpati rakyat agar boleh memenangi undi pilihan tanpa mempertimbangkan halal-haram. Inilah fakta tentang parti pembangkang dan parti berkuasa dalam sistem demokrasi.

Sedangkan parti Islam jelas berlainan. Pertama, mengenai dalil kewajiban mendirikan parti Islam adalah surah Ali Imran: 104, iaitu: "Hendaknya ada di antara kalian ‘umat’ yang menyeru pada Islam, melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar. Dan mereka inilah orang-orang yang beruntung." Kata: "Hendaknya ada di antara kamu ‘umat’." yang dalam bahasa asalnya: "Waltakun Minkum Ummatun." adalah fi’il mudhari’ yang disertai dengan huruf: "Lam Li Al-Amri" (Lam yang berfungsi perintah). Disamping itu terdapat indikasi (qarinah) yang melarang untuk meninggalkan perintah tersebut, bahkan pelakunya diancam dengan siksa neraka (TMQ Ali Imran: 105). Ini menunjukkan bahawa perintah tersebut adalah perintah yang tegas (thalaban jaziman) yang bermakna wajib. Akan tetapi wajibnya merupakan wajib kifayah, iaitu kewajiban yang hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang memenuhi syarat untuk melaksanakan kewajiban tersebut. Surah Ali Imran: 104 ini tidak boleh diertikan dengan maksud yang lain, sebab tajuk utama pembahasan ayat tersebut adalah kewajiban membentuk jama’ah, parti atau kelompok, dan bukan perintah agar ada di antara umat Islam sebuah umat. Kerana, surat Ali Imran: 110 menjelaskan bahawa umat Islam ini merupakan umat terbaik. Dari sini muncul pertanyaan, mengapa Allah masih memerintahkan agar membentuk umat, padahal umat Islam sudah merupakan umat terbaik? Tentu yang dimaksudkan itu adalah sesuatu yang berlainan diantara ‘umat’, dalam surat Ali Imran 110 dengan dengan ‘umat’ di dalam ayat 104. Dimana kalimat ‘umat’ di dalam ayat 104 ini adalah merujuk pada jemaah, parti ataupun kelompok.

Kedua, asas dan aktiviti parti tersebut haruslah didasarkan pada Islam dan tidak boleh menyimpang daripada Islam. Ini didasarkan pada sifat parti yang diperintahkan dalam surat Ali Imran: 104, iaitu: Menyeru kepada Islam, sama ada mengajak orang kafir masuk Islam ataupun mengajak orang Islam memulai kembali kehidupan Islam dengan menerapkan Islam secara kaffah (menyeluruh). Dimana untuk menerapkan Islam dan mengajak orang kafir masuk Islam secara efektif dan tepat adalah melalui negara. Sifat kedua: Menyeru pada kema’rufan dan mencegah daripada kemungkaran, sama ada menyeru pada rakyat biasa maupun kerajaan, termasuk mencegah kemungkaran rakyat biasa ataupun kerajaan. Sebab, tidak mungkin parti tersebut menyeru pada Islam, menyerukan kema’rufan dan mencegah kemungkaran, sedangkan asas dan aktivitinya tidak bersumber daripada Islam, yang bererti bertentangan dengan sifat yang diperintahkan itu sendiri. Ini mustahil.

Inilah dasar yang menjadi asas kewajiban mendirikan parti Islam. Kerana itulah, maka seluruh aktiviti termasuk pendirian politiknya tidak boleh bertentangan dengan Islam, dan sentiasa akan diikat dengan halal-haram menurut syari’at Islam. Dalam menyuarakan pandangannya, ia tidak akan mengikut freedom of speech yang tidak diasas berdasarkan kaedah hukum Islam. Sebaliknya semua pandangan, pendapat dan pendirian politiknya akan sentiasa berasaskan hukum Islam.

Parti Islam akan menyuarakan pandangan dan pendirian politiknya sebagai satu kewajiban yang dilakukannya kepada kerajaan, jika kerajaan membuat dasar negara yang bertentangan dengan hukum Islam. Kerana memperbetulkan penguasa (muhasabah li al-hukkam) adalah fardhu kifayah yang harus dibawa/dipegang oleh parti Islam dan kaum muslimin., berdasarkan sabda Nabi: "Penghulu para syahid adalah Hamzah bin Abdil Muthallib, serta orang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim, lalu menasihatinya kemudian ia membunuhnya." (HR Al-Hakim dari Jabir). Juga sabda Nabi: "(Sebaik-baik jihad) menyatakan kalimat yang haq di hadapan penguasa yang zalim." (HR Ahmad dan Ibnu Majah dari Abi Umamah Al-Bahili). Sedangkan memberi usulan dan pandangan (syura dan masyura) adalah hak, bukan merupakan kewajiban yang dapat dilaksanakan dan tidak. Begitu pula bagi pihak kerajaan, boleh mengambil usulan parti atau menolaknya. Firman Allah: "Dan bermesyuawaratlah kamu dengan mereka dalam urusan itu." (TMQ. Ali Imran: 159) hanya dikhususkan untuk orang Islam, bukan untuk yang lain. Disamping itu parti tidak semestinya menjadi anggota Majlis Umat, sebagaimana dalam sistem demokrasi. Dan, Majlis Umat pun bukanlah sebagai lembaga legislatif yang berfungsi membuat Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur). Kerana ini hanyalah hak ketua negara (Khalifah) sama ada diambil melalui ijtihad-nya sendiri ataupun mengambil ijtihad orang lain.

Seorang ketua negara, juga tidak ada kaitannya dengan parti politik setelah diangkat menjadi ketua negara, meskipun sebelumnya dia merupakan anggota atau ketua parti politik Islam tertentu. Sehingga, semua parti politik Islam, sama ada parti yang sebelumnya merupakan parti ketua kerajaan ataupun bukan, akan mengambil pendirian politik yang sama terhadap kerajaan. Sebaliknya, ketua negara tidak akan mempunyai pendirian politik yang tidak adil terhadap parti-parti politik Islam yang sebelumnya bukan menjadi wadahnya. Dengan begitu Islam tidak mengenal parti kerajaan dan parti pembangkang. Sebab, kedudukan parti dalam Islam sama, dimana masing-masing tidak terkait dengan negara. Negara juga tidak boleh membubarkan parti tersebut, kecuali jika ia menyimpang dari Islam dan syari’atnya. Begitu juga, untuk mendirikannya tidak memerlukan izin khusus dari kerajaan, sebab parti tersebut berdiri untuk melaksanakan kewajiban. Dan untuk melaksanakan kewajiban tidak memerlukan izin sesiapapun, kecuali izin Allah (iaitu mengikut Pelembagaan (Dustur) hukum Allah).

Dalam Khilafah Islam, semua parti adalah sama, iaitu sama-sama Islam, tidak ada parti yang lain, sama ada yang didirikan berdasarkan asas perkauman, seperti Melayu, Cina, India, Arab atau yang lain. Orang non-Islam tidak mempunyai hak untuk membentuk parti politik. Mereka juga tidak berhak untuk memberikan pandangan dan usulan kepada kerajaan sebagai bahagian dari syura. Kerana, syura hanya merupakan hak orang-orang Islam (TMQ. Ali Imran: 159). Akan tetapi mereka tetap diberi hak untuk menyampaikan pengaduan kepada kerajaan atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan kepada mereka. Sabda Nabi: "Sesiapa sahaja yang hartanya aku ambil (secara zalim), ini hartaku silahkan ambil, dan sesiapa sahaja yang belakangnya aku sebat(secara zalim), ini belakangku, balaslah. Sebab sesungguhnya aku ingin bertemu Allah, dan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku kerana kezaliman." Hadits ini bersifat umum samada untuk orang Islam atau non-Islam, masing-masing berhak menuntut balas kepada Nabi saw. Inilah hak politik orang kafir dalam Khilafah Islam. Sedangkan dalam hal yang lain, (kecuali akidah, ibadah, pakaian, makanan serta pernikahan) adalah sama dengan orang Islam. Mereka mempunyai hak politik yang sama.

Apakah dan Siapakah Pembangkang Dalam Negara (Khilafah) Islam?

Dalam negara Islam, iaitu Khilafah Islam, orang atau kelompok yang disebut sebagai pembangkang hanya ada satu istilah, iaitu bughat. Lalu siapa yang disebut bughat menurut konsep fiqih Islam? Bughat adalah sejumlah orang yang mempunyai ciri-ciri, antara lain: (1) Membangkang pada negara Islam seperti tidak bersedia menunaikan hak, mentaati Pelembagaan (Dustur) atau melakukan aktiviti untuk menentang ketua negara; (2) Adanya kekuatan yang boleh dimanfaatkan oleh bughat untuk mengambil kekuasaan; (3) Memisahkan diri dari negara Islam, seperti revolusi bersenjata, gerakan pemisah, terorisma untuk mencapai tujuan politik (At-Tasyri’ Al-Jina’i Fi Al-Madzahib Al-Khamsah, I/148-150; Al-Jihad Wa Al-Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyah, Dr. Muhammad Khair Haekal, I/63-64; Al-Um, As-Syafi’I, IV/216; Al-Mughni, Ibnu Qudamah, X/52; Al-Muhallah, Ibnu Hazm, XI/97-98).

Dr. Muhammad Khair Haekal menjelaskan, bahawa masalah bughat ini berasal dari ayat: "Jika ada dua kelompok orang beriman saling berperang, maka damaikanlah di antara mereka. Jika salah satu kelompok tersebut membangkang (melakukan perlawanan) terhadap yang lain, maka perangilah yang lain yang membangkang sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah." (TMQ. Al-Hujurat: 9). Beliau menegaskan, bahawa bughat disini mempunyai makna mutlaq yang tidak disertai taqyid (ketentuan ataupun syarat) apapun. Sehingga, aktiviti yang dilakukan oleh kelompok dimana pelakunya disebut bughat tidak disertai syarat apapun, iaitu kelompok yang melakukan pembangkangan untuk kepentingan dunia (Al-Jihad Wa Al-Qital Fi As-Siyasah As-Syar’iyah, I/64).

Orang Islam yang mempunyai pandangan berdasarkan ijtihad yang dilakukannya, yang berbeza dengan tabanni Pelembagaan (Dustur) hukum Islam yang diambil khalifah yang terdapat dalam Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur) negara, tidak dapat disebut sebagai bughat, selama ia tetap melaksanakan tabanni khalifah, meskipun dalam kajian dan pengajarannya ia mengambil ijtihad-nya sendiri. Kecuali, jika orang tersebut melakukan ijtihad dengan dalil-dalil yang tidak dibenarkan oleh syara’, atau melakukan ijtihad yang sememangnya tidak boleh dilakukan, sebab sudah ada penjelasan nas. Contohnya, jika ada seorang ulama’ membolehkan tempat pelacuran dengan menggunakan kaedah: Akhaffu Ad-Dhararaini (Matlamat menghalalkan di antara dua keharaman, kerana mempertimbangkan lebih ringan bahayanya daripada yang lain). Sementara sudah ada nas yang dengan tegas melarang zina. Maka, ijtihad ulama’ tersebut dianggap menyimpang. Kerana kewajiban untuk mentaati Undang-undang (Kanun) dan Pelembagaan (Dustur) itu terbatas dalam masalah pelaksanaan (tanfidz) sahaja, tidak lebih. Dimana dalam masalah pengajaran (ta’lim) dan kajian (ta’allum) ia diperbolehkan mengambil pandangan yang lain. Ini didasarkan pada kaedah: "Perintah imam harus dilaksanakan, secara zahir dan batin." Juga kaedah: "Perintah imam boleh menghilangkan perbezaan (di kalangan masyarakat)." Kaedah ini digali dari ijma’ sahabat yang masing-masing hanya menuntut amal, bukan yang lain.

Orang yang mengambil alih kekuasaan, kerana ketua negara Islam telah meninggalkan syari’at Islam, dan secara nyata terbukti telah kafir (kufran bawwahan), setelah kekufurannya ditetapkan oleh mahkamah madzalim juga tidak dapat disebut sebagai bughat. Ini didasarkan kepada hadits Nabi: "Apakah kami diperbolehkan untuk memerangi mereka, Ya Rasulullah?" Jawab Nabi: "Jangan, biarkan mereka selama mereka masih menjalankan puasa dan shalat." (H.r. At-Thabrani dalam Al-Kabir juga Ibnu Hajar Al-Haitsami dalam Majma’u Az-Zawaid, V/224). Puasa dan shalat di dalam hadis tersebut merupakan kiasan kepada penerapan syari’at Islam oleh ketua negara. Dalam riwayat lain: "Dan agar kami tidak mengambil alih urusan (pemerintahan) itu dari ahlinya, kecuali (kata baginda): ‘Jika kalian menemukan kekufuran yang nyata, dimana kalian mempunyai bukti yang jelas di sisi Allah." (HR Bukhari, hadis nombor 7055 dan Muslim, hadis nombor 1709).

Bahkan sebagian ulama’ menyatakan wajib untuk mengganti penguasa yang menyimpang daripada syari’at ketika ia mengambil syari’at kufur sebagai syariat dengan kekuatan. Ini adalah pandangan Aisyah, Thalhah, Zubeir bin Al-Awwam serta sahabat-sahabat yang mengikutinya, Mu’awiyah dan sahabat-sahabat yang sependapat dengannya, juga merupakan pandangan Al-Hussein bin Ali, Abdullah bin Zubeir serta sahabat dan tabi’in yang mengikutinya (Al-Muhalla, Ibnu Hazm, juz IX hal. 362). Namun ini hanya berlaku pada saat negara tersebut adalah negara Islam, iaitu Khilafah Islam Ar-Rasyidah ‘ala Minhaji An-Nubuwwah, bukan pada masa ketika ini. Meskipun ketika ini merupakan masa fitnah dan kekufuran. Sebab konteks nas-nas di atas hanya ditujukan kepada khalifah (ketua negara) yang ada dalam Khilafah Islam.

Oleh kerana itu, orang yang melakukan sosial control terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh ketua negara atau pengerusi kerajaan tidak dapat dipandang sebagai pembangkang (bughat). Juga orang yang mengambil alih kekuasaan dari tangan khalifah kerana ianya telah nyata-nyata kufur, tidak dapat disebut bughat. Begitu pula orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dalam masalah hukum syara’ dengan Pelembagaan (Dustur) negara, menyampaikan dan mempelajari hukum syara’ yang tidak sama, juga tidak dapat disebut bughat. Selain, hal-hal di atas, sekiranya pembangkangan itu dilakukan tanpa kebenaran dari hukum syara’, maka itulah yang menurut fiqih Islam disebut pembangkang (bughat).

Tidak Ada Pembangkang Kerajaan Yang Sah

Dengan batasan dan pengertian bughat di dalam fiqih Islam di atas, maka Islam tidak memberikan kebenaran bagi aktiviti mahupun pelaku pembangkangan (al-bughyi). Dan tidak ada pembangkang negara yang sah dalam Islam. Demikian pula, Islam tidak akan memberikan tempat bagi terjadinya aktiviti dan pelaku pembangkangan dalam pengertian dan batasan-batasan syara’. Islam juga tidak akan membuka pintu bagi berkembangnya konsep pembangkang (opposition) dan parti pembangkang (opposition party), sebab ini merupakan produk tamadun dan way of life Barat yang kufur. Islam bahkan mengharamkannya, sebagaimana yang termaktub dalam makna keumuman ayat: "Sesiapa sahaja yang mengambil selain agama Islam sebagai agama (sebagai tuntunan ibadah dan ideologi), maka ianya tidak pernah diterima. Dan di akhirat, ianya termasuk kelompok orang-orang yang merugi." (Q.s. Ali Imran: 85), juga keumuman makna hadis: "Sesiapa sahaja yang menciptakan perkara baru dalam urusan (agama dan ideologi)-ku ini, iaitu perkara yang tidak berasas darinya, maka ianya harus ditolak." dalam riwayat lain: "Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan, yang tidak sesuai dengan ketentuanku, maka ianya wajib ditolak." (H.r. Bukhari dalam Fathu Al-Bari, VI/230; Muslim dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi, XII/16; Ahmad dalam Musnad, Vi/146, 180, 240, 156 dan 270; Abu Dawud dalam Sunan Abu Dawud, V/12, semuanya bersumber dari Aisyah ra.).

Mengingat konsep ini merupakan konsep demokrasi kufur, maka orang Islam tidak diperbolehkan untuk mengambil, menyerukan dan menerapkannya dalam kehidupan mereka, termasuklah mempergunakannya dalam usaha memperjuangkan hak dan kewajiban mereka. Sebab, kaedah syara’ menyatakan: Al-Ashlu Fi Al-Af’ali At-Taqayyudu bi Al-Ahkami As-Syar’i (Hukum asal perbuatan manusia haruslah terikat dengan hukum syara’), sedangkan hukum amalan tersebut telah jelas haram. Disamping ada kaedah: Al-Ghayatu La Tubarriru Al-Wasilah (Tujuan tidak boleh menghalalkan segala cara).

Inilah ketentuan hukum Islam. Hukum Islam telah mengajarkan bagaimana untuk membentuk parti politik yang berasaskan Islam dan aktiviti yang senantiasa diatur berdasarkan hukum Islam. Parti politik ini mempunyai fungsi dan peranan untuk mendidik umat Islam agar mempunyai pemikiran politik yang agung. Iaitu melaksanakan seluruh syari’at Islam sama ada berkenaan dengan individu, masyarakat mahupun negara, melalui Khilafah Islam. Dan disinilah peranan politik umat Islam sebelum berdirinya Khilafah Islam. Sedangkan pasca (selepas) berdirinya Khilafah Islam, parti tersebut bersama umat Islam senantiasa melakukan social control pada kerajaan dengan prinsip amar ma’ruf nahi mungkar, bahkan wajib mengambil alih kekuasaan jika Khilafah telah jelas menyimpang dari ketentuan syari’at Islam yang diterapkannya. Jadi, bukan dengan membentuk parti pembangkang atau kelompok pembangkang kerajaan, ataupun dengan bekerjasama dengan orang-orang non-Islam dengan matlamat menghalalkan segala cara untuk tujuan mencapai keredhaan Allah, iaitu tegaknya hukum Islam. Ini adalah mustahil.

Sunday 29 May 2011

KEWAJIPAN MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH DAN KEHARAMAN BERDIAM DIRI

Daulah Khilafah
      Secara ringkas, Imam Taqiyyuddin An Nabhani mendefinisikan Daulah Khilafah sebagai kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia (Imam Taqiyyuddin An Nabhani, Nizhamul Hukmi fil Islam).

   Dari definisi ini, jelas bahawa Daulah Khilafah adalah hanya satu untuk seluruh dunia. Kerana nas-nas syara’ (nushush syar’iyah) memang menunjukkan kewajipan umat Islam untuk bersatu dalam satu institusi negara. Sebaliknya haram bagi mereka hidup dalam lebih dari satu negara.
Apa Hukumnya Mendirikan Khilafah?

Kewajipan tersebut didasarkan pada nas-nas al-Qur`an, as-Sunnah, Ijma’ Sahabat, dan Qiyas. Dalam al-Qur`an Allah SWT berfirman:

“Dan berpeganglah kalian semuanya dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai berai…” (TMQ. Ali-’Imran [3]: 103).

Rasulullah SAW dalam masalah persatuan umat ini bersabda: “Barangsiapa mendatangi kalian - sedang urusan (kehidupan) kalian ada di bawah kepemimpinan satu orang (Imam/Khalifah) - dan dia hendak memecah belah kesatuan kalian dan mencerai-beraikan jemaah kalian, maka bunuhlah dia!” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Jika dibai’at dua orang Khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksima mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Di samping itu, Rasulullah SAW menegaskan pula dalam perjanjian antara kaum Muhajirin - Anshar dengan Yahudi: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Surat Perjanjian ini dari Muhammad - Nabi antara orang-orang beriman dan kaum muslimin dari kalangan Quraisy dan Yatsrib - serta yang mengikut mereka dan menyusul mereka dan berjihad bersama-sama mereka - bahawa mereka adalah umat yang satu, di luar golongan orang lain...” (Lihat Sirah Ibnu Hisyam, Jilid II, hal. 119).

Nas-nas al-Qur`an dan as-Sunnah di atas menegaskan adanya kewajipan bersatu bagi kaum muslimin atas dasar Islam (hablullah) - bukan atas dasar kebangsaan atau ikatan palsu lainnya yang dicipta penjajah yang kafir - di bawah satu kepemimpinan, iaitu seorang Khalifah. Dalil-dalil di atas juga menegaskan keharaman berpecah-belah, di samping menunjukkan pula jenis hukuman syar’ie bagi orang yang berupaya memecah-belah umat Islam menjadi beberapa negara, iaitu hukuman mati.

Selain al-Quran dan as-Sunnah, Ijma’ Sahabat pun menegaskan pula prinsip kesatuan umat di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Abu Bakar Ash Shiddiq suatu ketika pernah berkata,”Tidak halal kaum muslimin mempunyai dua pemimpin (Imam).” Perkataan ini didengar oleh para Sahabat dan tidak seorang pun dari mereka yang mengingkarinya, sehingga menjadi ijma’ di kalangan mereka.

Bahkan sebahagian fuqoha menggunakan Qiyas 'sumber hukum keempat' untuk menetapkan prinsip kesatuan umat. Imam Al Juwaini berkata,”Para ulama kami (mazhab Syafi’i) tidak membenarkan akad Imamah (Khilafah) untuk dua orang…Kalau terjadi akad Khilafah untuk dua orang, itu sama halnya dengan seorang wali yang menikahkan seorang perempuan dengan dua orang laki-laki!”

Ertinya, Imam Juwaini mengqiyaskan keharaman adanya dua Imam bagi kaum muslimin dengan keharaman wali menikahkan seorang perempuan dengan dua orang lelaki yang akan menjadi suaminya. Jadi, Imam/Khalifah untuk kaum muslimin wajib hanya satu, sebagaimana wali hanya boleh menikahkan seorang perempuan dengan satu orang laki-laki, tidak boleh lebih. (Lihat Dr. Muhammad Khair, Wahdatul Muslimin fi Asy Syari’ah Al Islamiyah, majalah Al Wa’ie, hal. 6-13, no. 134, Rabi’ul Awal 1419 H/Julai 1998 M)

Jelaslah bahawa kesatuan umat di bawah satu Khilafah adalah satu kewajipan syar’i yang tak ada keraguan lagi padanya. Kerana itu, tidak menghairankan bila para imam-imam mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, dan Imam Ahmad bersepakat bulat bahawa kaum muslimin di seluruh dunia hanya boleh mempunyai satu orang Khalifah saja, tidak boleh lebih:

“...para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) --rahimahumullah-- bersepakat pula bahawa kaum mulimin di seluruh dunia pada saat yang sama tidak dibenarkan mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat mahupun tidak.” (Lihat Syaikh Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416) Hukum menegakkan Khilafah itu sendiri adalah wajib, tanpa ada perbezaan pendapat di kalangan imam-imam mazhab dan mujtahid-mujtahid besar yang alim dan terpercaya.

Siapapun yang menelaah dalil-dalil syar’ie dengan cermat dan ikhlas akan menyimpulkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah hukumnya wajib atas seluruh kaum muslimin. Di antara argumentasi syar’ie yang menunjukkan hal tersebut.



Dalil Al-Quran

Di dalam al-Quran memang tidak terdapat istilah Daulah yang bererti negara. Tetapi di dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan wajibnya umat memiliki pemerintahan/negara (ulil amri) dan wajibnya menerapkan hukum dengan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT. Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepada Rasul-Nya dan ulil amri di antara kalian.” (TMQ. An-Nisaa` [4]: 59).

Ayat di atas telah memerintahkan kita untuk mentaati Ulil Amri, iaitu Al Haakim (Penguasa). Perintah ini, secara dalalatul iqtidha`, bererti perintah pula untuk mengadakan atau mengangkat Ulil Amri itu, seandainya Ulil Amri itu tidak ada, sebab tidak mungkin Allah memerintahkan kita untuk mentaati pihak yang eksistensinya tidak ada. Allah juga tidak mungkin mewajibkan kita untuk mentaati seseorang yang keberadaannya berhukum mandub.

Maka menjadi jelas bahawa mewujudkan ulil amri adalah suatu perkara yang wajib. Tatkala Allah memberi perintah untuk mentaati ulil amri, bererti Allah memerintahkan pula untuk mewujudkannya. Sebab adanya ulil amri menyebabkan terlaksananya kewajipan menegakkan hukum syara’, sedangkan mengabaikan terwujudnya ulil amri menyebabkan terabaikannya hukum syara’. Jadi mewujudkan ulil amri itu adalah wajib, kerana kalau tidak diwujudkan akan menyebabkan terlanggarnya perkara yang haram, iaitu mengabaikan hukum syara’ (tadhyii’ al hukm asy syar’ie).

Di samping itu, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk mengatur urusan kaum muslimin berdasarkan hukum-hukum yang diturunkan Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Maka putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” (TMQ. Al-Ma’idah [5]: 48).

“Dan putuskanlah perkara di antara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” (TMQ. Al-Ma’idah [5]: 49).

Dalam kaedah usul fiqh dinyatakan bahawa, perintah (kitab) Allah kepada Rasulullah juga merupakan perintah kepada umat Islam selama tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah ini hanya untuk Rasulullah (Kitabur rasuli kitabun li ummatihi malam yarid dalil yukhashishuhu bihi). Dalam hal ini tidak ada dalil yang mengkhususkan perintah tersebut hanya kepada Rasulullah SAW.

Oleh kerana itu, ayat-ayat tersebut bersifat umum, iaitu berlaku pula bagi umat Islam. Dan menegakkan hukum-hukum yang diturunkan Allah, tidak mempunyai makna lain kecuali menegakkan hukum dan pemerintahan (as sultan), sebab dengan pemerintahan itulah hukum-hukum yang diturunkan Allah dapat diterapkan secara sempurna. Dengan demikian, ayat-ayat ini menunjukkan wajibnya keberadaan sebuah negara untuk menjalankan semua hukum Islam, iaitu negara Khilafah.












Dalil As-Sunah

Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa alasan. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah.” [HR. Muslim].

Nabi SAW mewajibkan adanya bai’at pada leher setiap muslim dan mensifati orang yang mati dalam keadaan tidak berbai’at seperti matinya orang-orang jahiliyyah. Padahal bai’at hanya dapat diberikan kepada Khalifah, bukan kepada yang lain. Jadi hadis ini menunjukkan kewajipan mengangkat seorang Khalifah, yang dengannya dapat terwujud bai’at di leher setiap muslim. Sebab bai’at baru ada di leher kaum muslimin kalau ada Khalifah/Imam yang memimpin Khilafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

Rasulullah SAW bersabda: “Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.” [HR. Muslim].

Rasulullah SAW bersabda: “Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah. Sebab barangsiapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam) walau sejengkal saja lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” [HR. Muslim].

Hadis pertama dan kedua merupakan pemberitahuan (ikhbar) dari Rasulullah SAW bahawa seorang Khalifah adalah laksana perisai, dan bahawa akan ada penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin. Pernyataan Rasulullah SAW bahawa seorang Imam itu laksana perisai menunjukkan pemberitahuan tentang adanya faedah-faedah keberadaan seorang Imam, dan ini merupakan suatu tuntutan (thalab). Sebab, setiap pemberitahuan yang berasal dari Allah dan Rasul-Nya, apabila mengandung celaan (adz dzamm) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk meninggalkan (thalab at tarki), atau merupakan larangan (an nahy); dan apabila mengandung pujian (al mad-hu) maka yang dimaksud adalah tuntutan untuk melakukan perbuatan (thalab al fi’li). Dan kalau pelaksanaan perbuatan yang dituntut itu menyebabkan tegaknya hukum syara’ atau jika ditinggalkan mengakibatkan terabaikannya hukum syara’, maka tuntutan untuk melaksanakan perbuatan itu bererti bersifat pasti (fardu). Jadi hadis pertama dan kedua ini menunjukkan wajibnya Khilafah, sebab tanpa Khilafah banyak hukum syara’ akan terabaikan.

Hadis ketiga menjelaskan keharaman kaum muslimin keluar (memberontak, membangkang) dari penguasa (as sulthan). Bererti keberadaan Khilafah adalah wajib, sebab kalau tidak wajib tidak mungkin Nabi SAW sampai begitu tegas menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Jelas ini menegaskan bahawa mendirikan pemerintahan bagi kaum muslimin statusnya adalah wajib.

Rasulullah SAW bersabda pula : “Barangsiapa membai’at seorang Imam (Khalifah), lalu memberikan genggaman tangannya dan menyerahkan buah hatinya, hendaklah ia mentaatinya semaksimal mungkin. Dan jika datang orang lain hendak mencabut kekuasaannya, penggallah leher orang itu.” [HR. Muslim].

Dalam hadis ini Rasululah SAW telah memerintahkan kaum muslimin untuk mentaati para Khalifah dan memerangi orang-orang yang merebut kekuasaan mereka. Perintah Rasulullah ini bererti perintah untuk mengangkat seorang Khalifah dan memelihara kekhilafahannya dengan cara memerangi orang-orang yang merebut kekuasaannya. Semua ini merupakan penjelasan tentang wajibnya keberadaan penguasa kaum muslimin, iaitu Imam atau Khalifah. Sebab kalau tidak wajib, nescaya tidak mungkin Nabi SAW memberikan perintah yang begitu tegas untuk memelihara eksistensinya, iaitu perintah untuk memerangi orang yang akan merebut kekuasaan Khalifah.

Dengan demikian jelaslah, dalil-dalil As Sunnah ini telah menunjukkan wajibnya Khalifah bagi kaum muslimin.
Dalil Ijma’ Sahabat

Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin pengganti Rasulullah SAW hukumnya wajib. Mereka telah sepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq, Umar bin Khaththab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib, ridlwanullah ‘alaihim.

Ijma’ Sahabat yang menekankan pentingnya pengangkatan Khalifah, nampak jelas dalam kejadian bahawa mereka menunda kewajipan menguburkan jenazah Rasulullah SAW dan mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah pengganti beliau. Padahal menguburkan mayat secepatnya adalah suatu kewajipan dan diharamkan atas orang-orang yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah untuk melakukan kesibukan lain sebelum jenazah dikebumikan. Namun, para Sahabat yang wajib menyiapkan pemakaman jenazah Rasulullah SAW ternyata sebahagian di antaranya justeru lebih mendahulukan usaha-usaha untuk mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah Rasulullah. Sedangkan sebahagian Sahabat lain mendiamkan kesibukan mengangkat Khalifah tersebut, dan ikut pula bersama-sama menunda kewajipan menguburkan jenazah Nabi SAW sampai dua malam, padahal mereka mampu mengingkari hal ini dan mampu mengebumikan jenazah Nabi secepatnya. Fakta ini menunjukkan adanya kesepakatan (ijma’) mereka untuk segera melaksanakan kewajipan mengangkat Khalifah daripada menguburkan jenazah. Hal itu tak mungkin terjadi kecuali jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah lebih wajib daripada menguburkan jenazah.

Demikian pula bahawa seluruh Sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajipan mengangkat Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapa yang tepat untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah SAW mahupun ketika pergantian masing-masing Khalifah yang empat. Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat mengenai kewajipan mengangkat Khalifah.
Dalil Dari Kaedah Syar’iyah

Ditilik dari analisis usul fiqh, mengangkat Khalifah juga wajib. Dalam usul fiqh dikenal kaedah syar’iyah yang disepakati para ulama:

“Sesuatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali adanya sesuatu, maka sesuatu itu wajib pula keberadaannya.” Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah SWT dalam segala aspeknya adalah wajib. Sementara hal ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan kaedah syar’iyah tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.

Jelaslah, berbagai sumber hukum Islam tadi menunjukkan bahawa menegakkan Daulah Khilafah merupakan kewajipan dari Allah SWT atas seluruh kaum muslimin

Pendapat Para Ulama

Seluruh imam mazhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Syaikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416:

“Para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) rahimahumullah telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (khalifah) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya...”

Tidak hanya kalangan Ahlus Sunnah saja yang mewajibkan Khilafah, bahkan seluruh kalangan Ahlus Sunnah dan Syiah 'termasuk Khawarij dan Mu’tazilah' tanpa kecuali bersepakat tentang wajibnya mengangkat seorang Khalifah. Kalau pun ada segelintir orang yang tidak mewajibkan Khilafah, maka pendapatnya itu tidak perlu ditolak, kerana bertentangan dengan nas-nas syara’ yang telah jelas.

Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan: “Menurut golongan Syiah, minoriti Mu’tazilah, dan Asy A’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’.” Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan: “Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya Imamah (Khilafah).”

Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang wajib bukan haram apalagi bid’ah - dapat kitab temukan dalam khazanah Tsaqafah Islamiyah yang sangat kaya. Berikut ini sekelumit saja rujukan yang menunjukkan kewajipan Khilafah:

Imam Al Mawardi, Al Ahkamush Shulthaniyah, hal. 5,

Abu Ya’la Al Farraa’, Al Ahkamush Shulthaniyah, hal.19,

Ibnu Taimiyah, As Siyasah Asy Syar’iyah, hal.161,

Ibnu Taimiyah, Majmu’ul Fatawa, jilid 28 hal. 62,

Imam Al Ghazali, Al Iqtishaad fil I’tiqad,hal. 97,

Ibnu Khaldun, Al Muqaddimah, hal.167,

Imam Al Qurthubi, Tafsir Al Qurthubi, juz 1 hal.264,

Ibnu Hajar Al Haitsami, Ash Shawa’iqul Muhriqah, hal.17,

Ibnu Hajar A1 Asqallany, Fathul Bari, juz 13 hal. 176,

Imam An Nawawi, Syarah Muslim, juz 12 hal. 205,

Dr. Dhiya’uddin Ar Rais, Al Islam Wal Khilafah, hal.99,

Abdurrahman Abdul Khaliq, Asy Syura, hal.26,

Abdul Qadir Audah, Al Islam Wa Audla’una As Siyasiyah, hal. 124,

Dr. Mahmud Al Khalidi, Qawaid Nizham Al Hukum fil Islam, hal. 248,

Sulaiman Ad Diji, Al Imamah Al ‘Uzhma, hal.75,

Muhammad Abduh, Al Islam Wan Nashraniyah, hal. 61,

dan masih banyak lagi yang lainnya.

Adapun buku-buku yang mengingkari wajibnya Khilafah - seperti Al Islam Wa Usululul Hukm oleh Ali Abdur Raziq, Mabadi` Nizham Al Hukmi fil Islam oleh Abdul Hamid Mutawalli, Tidak Ada Negara Islam oleh Nurcholis Madjid - sebenarnya tidak perlu dianggap sebagai buku yang serius dan bermutu. Sebab isinya bertentangan dengan nas-nas syara’ yang demikian jelas dan terang. Buku-buku seperti ini tak lain hanya sampah yang kotor yang merupakan penyambung lidah kaum kafir penjajah dan agen-agennya iaitu para penguasa muslim yang zalim yang selalu memaksakan sekularisme kepada umat Islam dengan berbagai argumentasi palsu yang berkedok studi “ilmiah” atau studi “sosiohistori-objektif”, dengan tujuan untuk menghapuskan hukum-hukum Allah dari muka bumi dengan cara menghapuskan idea Khilafah yang bertanggung jawab melaksanakan hukum-hukum tersebut.
Mengembalikan Kehidupan Islam

-- Hizbut Tahrir Malaysia --

                                                                             www.mykhilafah.com